Wednesday, March 22, 2017

Holiday Kat Pantai2 di Kuantan

Pantai Sepat

Mula2 tgk kawan upload picture kat fb, dia tangkap starfish. What?? Terkejut gila masa tu. 

Lps tu, mcm biasa la, plan trip on the spot utk ke Pantai Sepat, Kuantan. 

Masa ni bertolak dari Segamat dalam pukul 7 pagi. Segamat-Kuantan dalam 4 jam.

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia

Dalam kul 11 pg lebih sampai dah Pantai Sepat. Punya la excited nak cari starfish. 

Jalan2 keliling pantai, tak jumpa pun. Frust! Betul ke ni? 

Pegi tanya makcik kat gerai. Dia cakap kena rajin jalan kat pantai & tgk betul2.

Ok. Macam lawak je makcik ni. Dah jauh jalan tp sekor pun tak jumpa 😂

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia

Lepas tu terus msg kawan. Kawan cakap, "Laa... Org pegi petang2 la".
Haha.. Ok, jom cari tempat tinggal dulu.

Pantai Sepat mmg best.  First time dtg pantai area kampung, tenang & sgt cantik. Air sgt jernih.

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia

Sebelum balik, naik buaian jap. Walaupun tengahari, angin laju je.. Tak panas sangat pun.

Kb50 guesthouse, kuantan, hotel murah kuantan

Kitorg kalau travel ni, selalu tinggal kat tempat murah2 je. Tinggal utk rehat je. Most of the time kami kat luar, jalan2.

Tgk Agoda, Trivago, lastly kami decide nak tinggal kat KB50 GUESTHOUSE.  Semalam RM65 saja. Sgt OK!

Dia dalam area perumahan. Memang sebuah rumah yang dibuat ala2 hotel. Kawasan parking pun selamat. Malam2 penjaga akan tutup gate. Wifi ada. Kecuali sarapan je yg takde. Kihkihkih.

Kb50 guesthouse, kuantan, hotel murah kuantan

Bilik sangat selesa. Bersih. Toilet selesa.

Anak2 ni, masuk je bilik terus minta susu. Lapar beb.

Kb50 guesthouse, kuantan, hotel murah kuantan

Lepas minum susu dah start nak buat kerja dah. Mama nak rest ni. Nnt nak jalan lagi.

Kb50 guesthouse, kuantan, hotel murah kuantan, receptionist

Receptionist simple je. Bersih kan.

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia

Lepas solat Asar je, kami zass ke Pantai Sepat. Mula2 plan nak picnic main pasir sambil makan2 je. Taknak mandi. Anak2 behave je time ni. Alhamdulillah..

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia, starfish, tapak sulaiman

Papa mulakan misi cari starfish. Mmg sgt awesome! Banyak!!! Tak terkira. 

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia, starfish, tapak sulaiman

Di mana2 ada starfish.

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia, starfish, tapak sulaiman

Jeng..jeng..jeng..

Pantai Sepat, kuantan, pantai, shaklee malaysia, starfish, tapak sulaiman

Aikkkk..!!! Dah taknak main pasir. Sepantas kilat, Nabilah & Haziq pun dah masuk air. 

Geram sangat kot.

Kb50 guesthouse, kuantan, hotel murah kuantan, receptionist

Dah nak Maghrib tu kami blk la membersihkan diri. Best!! Tenang betul pantai tu.

Kb50 guesthouse, kuantan, hotel murah kuantan, receptionist

Time ni memang lapar. Mkn la nugget & meatball yg kami plan nak makan kt pantai tadi. Haha..

Ana ikan bakar, kuantan, seafood

Kalau datang Kuantan memang tak sah kalau tak makan seafood. Kami dinner kat Ana Ikan Bakar. Bagiku, gak mahal juga la.. Makan mcm ni dah RM120. Amik ikan, sotong, udang, tomyum. 

Kb50 guesthouse, kuantan, hotel murah kuantan, receptionist

Perut dah kenyang, balik "hotel" & rest.

Teluk Cempedak

Esok paginya, cari sarapan tak jumpa. Pelik weiiiii.. Nak makan nasi lemak je pun. Tapi takde kedai yang jual.

Teluk cempedak, kuantan, main pasir

Dari nak makan nasi lemak, kami jalan2 sampai Teluk Cempedak. Sarapan ala kadar je kat sana. Pagi2 kat pantai memang sgt best!

Teluk cempedak, kuantan, main pasir

Budak2 macam biasa, bagi main pasir je. Sebab plan nak balik Segamat dah.

Teluk cempedak, kuantan, main pasir, car seat

Lepas main, penat. Tdo je dalam kereta.

Pantai Cherating

Cherating, kuantan

Daripada nak balik Segamat, kami plan nak jalan2 Cherating.

Tp agak hampa sbb banyak kedai tutup. Pantai tak happening sangat. Mungkin sebab bukan time cuti kot. 

Ok, jalan2 tak sampai sejam kami balik.

Keropok lekor impiana, kuantan

On the way tu, singgah jap kat Keropok Lekor Impiana. Beli keropok losong je. Mengidam lama dah. Nak pegi Terengganu jauh. 

Tapi memang banyak kedai2 yang jual aneka keropok kat tepi2 jalan tu. Pilih je.

Then, makan keropok losong dalam kereta.. 

Balik Segamat..
Esoknya nak kerja pula.