Sunday, April 10, 2016

Dimsum Halal, Long Feng Restaurant, Ramada Plaza, Melaka

Kami 1 family memang suka sangat dimsum. Masalahnya nak cari yang halal memang susah. Google punya google, terjumpa la restoran Long Feng ni.

Ramada plaza melaka, hotel melaka
Baru sampai Ramada Plaza, Melaka. 

Time cuti ja memang terus plan nk breakfast kat sana. Dari Segamat tu, sejam lebih juga perjalanan. 

Ramada plaza melaka, hotel melaka

Sampai ja sana, terus tengok menu. Menarik!! Lupa ambil pic.

Long feng restaurant, ramada plaza
Kakak baca menu dari gambar je ni: )

Keadaan hotel ni tenang & mendamaikan. Senyap saja. Maybe sebab baru pukul 11 pagi kot.

Long feng restaurant, ramada plaza
Baby boy pun nak makan sepuasnya

Long feng restaurant, ramada plaza

Dah siap belek2 menu, kami pun masuk la untuk makan. Suasana best, layanan pun bagus. Waiter & manager pun baik.


Anak-anak pun suka. Baby boy tak sabar nak makan porridge.

Dimsum halal, long feng restaurant

Walaupun makan sepuasnya, tapi waiter yang serve. Bukan kita ambil sendiri. Tapi ok juga, kalau nak tambah apa2 just bagitau saja. Masa ni kami minum oolong tea.

Dimsum halal, long feng restaurant

Price affordable sangat. Kalau 20 jenis dimsum RM38/pax. Kalau nak complete dimsum RM53/pax. Budak2 bawah 4 tahun free saja.
Lucky my kids!

Kakak Nabilah dah kenyang sangat tu. Daddy still enjoy mango pudding.

Last sekali time dah kenyang sangat, waiter tanya nak dessert apa. So kami pilih mango pudding & herbal jelly. Ni pun boleh makan seberapa banyak yang mampu. Dessert memang sedap. I like it!


Budak2 ni kalau tak nak dia mengamuk, bagi je perut kenyang sampai tersenyum lebar. Insyaallah dapat menikmati kesedapan dimsum. Manager kasi coin chocolate kat my kids tapi takde pic pula.


Memang makan sampai licin cuma kami tak berapa suka dimsum jenis goreng. Pau pun tak makan sebab dah selalu sangat makan.

Komen: Puas hati, suka dengan suasana restoran, layanan memang terbaik. Makanan sedap. Lain kali nak pergi lagi 

Info Restoran