Tuesday, September 15, 2015

Hotel Jelai, Temerloh

Sebenarnya dah banyak kali travel & tinggal kat hotel murah2 tapi tak pernah terfikir nak buat entry. Rasanya kali ni kena buat entry sebab layanan kt Hotel Jelai ni sangat2 menyakitkan. Pernah tinggal sini 2 kali. Masa first tinggal sini tahun 2012. Tu pun sebab susah nak cari hotel area Temerloh ni. Masa first datang sini rasa macam ok, tapi kali kedua datang sini memang sedih!

Hotel jelai temerloh, hotel murah, percutian bajet

Ni lah rupa Hotel Jelai, memang nampak menarik sebab warna warni kan. Nak parking memang susah sikit, tp kena terima kenyataan la sebab ni hotel murah2 je. Tapi bab parking tak kisah sangat. Sebab dah biasa.

Ikan patin temerloh

Tempat tunggu kat lobi memang nampak ok & bersih. Sampai sini kul 12 tgh malam, so masa tu tak nampak sangat hotel2 murah lain, so datang sini je la. Lps buat pembayaran, nampak pula hotel baru. Siap promo lagi! Harga dari RM48. Serius nyesal!! Nama hotel tu, Hotel Q. Belakang Hotel Jelai je.

Hotel murah tapi best, hotel temerloh

Hotel ni dapat harga RM103 + RM20 (deposit) include breakfast. Kira ok la harga dia kan. Bilik pun selesa. Bersih juga. Ruang agak besar utk seorang anak bermain2. 

Sihat bersama saya

Bilik mandi pun bersih & selesa. Kat sini mcm hotel2 lain juga, check out pukul 12pm. So kalau sampai 12pm tak keluar2 lagi, diorang akan matikan letrik. So gelap gelita la. Masalahnya masa aku pegi tu, baru kul 11.15am dh matikan letrik. Memang sakit hati juga la. Dah la baru siap kemas barang, tak sempat mandi lagi, water heater dah tak boleh pakai, takkan nak mandi air sejuk macam ais kan. Tak patut la pihak hotel nak halau macam tu. At least kalau betul terlambat check out pun, suruh je la bayar denda.

Secara tiba2 jadi tak best dah nak datang Hotel Jelai. Bad impression terus!! Lepas ni tak nak datang sini dah. Nasib baik hotel2 murah dh banyak area Temerloh ni.

Maybe for others, layanan sini sgt baik & ok... Semua terpulang pada diri masing2.

Smile, hotel murah, travel, shaklee best, work everywhere

Budak kecik ni tak faham apa2 yang terjadi.  So, senyum je.