Friday, June 19, 2015

Buang Mak

-True Story-

Seriously hati byk tersentuh sejak keja kt medical ni. Tak suka tau! Spoilt mood I sepanjang hari.

Semoga yang membaca ni dpt jadikan tauladan.
(Picture tak dapat attach atas sbb privacy patient)

Kisah dia mcm ni, ada sorang nenek ni umur 83 tahun. Tiba2 dapat stroke. Uolls tau la kan, kalau stroke ni mmg mostly kena bergantung kat org lain. Nenek ni pula mmg terlantar je. Baru je kena stroke. Tapi Alhamdulillah dia takde byk penyakit complicated. Generally nampak sihat, dia boleh bersembang, senyum lagi. Tapi makan kena suap la. Sepanjang kat wad, l tangok maid dia je yg urus. Anak & cucu datang melawat dalam 15-20 minit je. Kadang2 tak datang langsung. Bila tanya maid, dia cakap "mereka sibuk".

Amboiiiii... Dulu2 mak dia kot yg besarkan dorang sampai berjaya kan. Masa dorang lahir, mak dia punya la happy sbb dpt baby kan. Bila anak dah berjaya, lagi la mak happy kan. Jaga dari kecik, bg makan, basuh berak, bg sekolah dll, si anak dah lupa ke? Ok,tak nak membebel panjang.

Bila si nenek ni dh stabil, dia pun dah boleh discharge la. Batang hidung anak tak nampak pun. Last2 nurse call. Si anak cakap nak dtg petang. Petang tu rupanya cucu dia datang, cucu pun dah umur 34 tahun.

Nak tau apa dia tanya l?
"Doktor,kalau saya nk ambulans and hantar kat rumah orang tua2 boleh?"
Klau uolls si nenek tu, apa perasan uolls? Bahagia dpt pegi rumah org tua2? Bahagia dapat ramai kawan? No!

I tanya, "Kenapa? Tak nak nenek dah ke?". Memang I sengaja cakap mcm tu.
Dia jawab, "Tak nak, lagipun kat rumah org2 tua nanti ada orang yang jaga nenek".
Then I said, "No, kalau nak hantar rumah orang2 tua, awak kena urus sendiri".

Then, I pun berlalu dgn muka kecewa sgt. Tak sangka ada manusia macam ni kat bumi ni.

Pengajaran utk I & semua, hargailah parents kita. Dorang jaga kita dah terbaik dah. Bila smpai time kita kena jaga dorang, jagalah dgn rela hati. Insyaallah, Allah akan mudahkan segalanya.