Monday, May 18, 2015

Bagus Ke Bersalin Di Hospital Kerajaan?

Semua orang mesti tertanya2 bagus ke tak kan.. Lagi2 bila mengandung anak pertama. Ngeri kan kalau ingat tak lama lagi nak bersalin.

Of course ramai cakap tak bagus bila bersalin kat kerajaan. Nurse garang la, ramai doktor  pelatih la. Staff macam tak ambil peduli la. Dan macam2 lagi.

Pengalaman anak first saya pun macam @#$%%^&. Malas nak ingat. Sakit hati tau.

Ok, jom straight to the point. Masa nak bersalin Haziq ni saya kerja kat Hosp Segamat. Kebetulan kat bahagian O&G. Memang dah kenal staff. Sepanjang kerja saya berusaha puaskan hati semua pesakit. Bagi saya Hosp Segamat memang sangat bagus. District Hosp yang bagi suami masuk teman. Semua wish nak suami teman kan. Ye, sebab sakit bersalin tu tak dapat di gambarkan.

Saya sepatutnya bersalin Haziq 28 Feb 2015 tapi 19 Feb tu dah sakit. Tak jangka pun nak jadi macam ni. Hari Raya Cina lak tu. Malam raya tu siap buat steamboat lagi, makan happy2. Saya siap minta cuti lagi sebab hubby I chinese. Total cuti campur dengan post call dalam 4 hari juga. Punya la plan nak jalan2 esoknya tu.

Steamboat
 Steamboat malam raya
Start sakit kul 3.30 pagi tapi sebab baru balik kerja 18 hb tu, I buat tak tau je. Siap tidur balik pula tu. Lepas tu dalam kul 4.30 pagi terjaga balik. Sakit makin kerap. Tak boleh jadi ni, kejut suami lepas tu ready barang2 Nabilah nak hantar rumah nenek dia. Perjalanan pergi balik tu dekat sejam. Lepas tu terus pergi hospital kat dewan bersalin.

Sampai je sana dah kul 6 lebih, suami pergi solat. Sakit dah makin kuat sangat. Ya Allah.. tak tau nak cakap macam mana. Nurse check, dah buka 6 cm. Terus masuk bilik bersalin. Lepas suami siap solat dia pun datang. Kat bilik bersalin ada lagi beberapa prosedur. Pasang CTG, tukar baju dll.

Time pasang CTG tu memang tak cantik sangat. Saya pula sakit teramat sangat. Bagitau kat nurse, nurse cek & pecahkan air ketuban. Masa tu doktor2 oncall bz sebab kena transfer patient ke JB. Saya pula memang dah request nak nurse je conduct sebab nurse lagi berpengalaman kan. Dah kerja lama.

Lepas pecahkan air ketuban, bukaan fully. 10cm. Saya start push selama 5 minit saja. Ye, 5 minit. Alhamdulillah, rezeki saya senang bersalin. Happy sangat. 7.10 minit baby Haziq dah selamat di lahirkan.

baby
Merah muka baby Haziq. Muka kecik tapi berat 3.1kg tu. Baby Tahun Baru Cina.

Lepas tu macam biasa, keluarkan uri, then jahit luka. Dalam masa sejam saya dah di hantar ke wad.

hospital segamat
Bilik I special skit. Dok sorang je, hubby dapat teman. Tu pintu bilik air dgn makanan nenek kasi.

Kesimpulannya, bagi saya, bersalin hospital kerajaan ni ada tempat yang bagus, mungkin ada juga yang kurang bagus. Untuk saya, Hosp Segamat sangat bagus. Layanan sangat mesra. Takde pun nak jerit2. Kecuali kalau mak dah down & baby dah lemas. Time tu semua staff akan jerit sebab fikirkan keselamatan ibu & bayi. Time ni dah terpaksa. No choice. Bukan tak ikhlas, tapi nak bagi yang terbaik utk bersalin biasa. Kalau kena proceed caeser lagi teruk kan nak jaga luka.

Ok lah.. Dah start nak bebel. Selamat bersalin semua. Semoga dipermudahkan.
Amin~

Jalan2 Ke Air Terjun Bekok & Kolam Air Panas Labis

 Harini kami malas masak. Teringin sangat nak makan luar. Lepas lunch je rasa bosan. On the way balik dari kedai makan, nampak sign board pasal Air Terjun Bekok.

*Ting*

Otak I cepat je fikir nak pergi sana. Macam biasa, kami decide & go. Hahaha.. Then balik rumah solat jap, packing baju, tikar utk haziq tidur & susu anak, terus pergi. Ambil masa dalam 15 minit je.


Sampai je air terjun ni mula2 ingat kami je yang datang sebab sunyi sepi. Tengok2 ada juga la beberapa orang. Rasanya in total yang saya jumpa tak sampai pun 30 orang. Kawasan dia memang cantik & sangat terpelihara. Bersih. Nak masuk tak perlu bayar. Free je.


Tempat ni pun macam selamat sebab ada badan bertanggungjawab yang jaga. Ni post mereka. Bersih kan.


Lepas dapat port bagus, Nabilah orang pertama turun. Air sejuk sangat tapi dia redah je.

Very crystal clear water

Air pun sangat2 jernih. Takde sikit pun lumpur. Boleh nampak lagi anak2 ikan.


Time ni, anak dara I ni tunjuk skill renang terhebat dia. Ok. Not bad untuk budak umur set5ahun lebih :)
(Sape lagi nak puji anak sendiri)


Time up!! Setiap kali nak balik mesti ada yang tak puas main.


Hubby I dapat  2 ekor udang utk buat sambal udang. Kihkihkih.
Yang tak tahan tu siap simpan dalam botol susu lagi, haha..


Babai Air Terjun Bekok. Nanti kami datang lagi ye.


Kami pun balik. Jalan dia memang tenang je, banyak pokok. Tak nampak pula harimau ke gajah ke. Sebab hari masih muda, kami pun tgh nak berjalan lagi. Takkan nak pergi One Segamat kan. Selalu sangat. On the way balik tu nampak la pula "Kolam Air Panas Labis". 
Ok, jom pergi!


Kolam ni tak la besar tapi mencukupi untuk semua yang datang. Best. Hari pula macam nak hujan. Masa tu time nak masuk kena bayar per person & parking. Total RM6. Tapi daddy & daughter ni rendam kaki je sebab baju tak cukup.


Haziq tidur je. Tak merengek. Memang happy. Sambil2 tu saya berniaga kejap. Online saja. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Dua orang ni happy la dapat rendam kaki. Rendam lama juga, dapat rasa nyut2 juga la. Maybe salur darah mengembang & berjalan lancar. Alhamdulillah. 

Saya rendam sebelah tangan je. Memang nampak perubahan. Rasa lembab & lembut. Tekstur dia nampak lebih muda.

Lps tu kul 6 kami pun balik rumah. Next time nak datang lagi. Giliran I pula ak berendam. Bagi kulit cantik.

Sunday, May 17, 2015

Persiapan Ke Zoo Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum semua.. Masa cuti adalah masa paling best!! Lagi2 cuti yang teramat panjang. Sebenarnya dah lama nak bawa anak pergi zoo tapi masa belum mengizinkan. So, harini kena juga bawa. Ni plan paling lama. Dah plan seminggu lepas tapi belum tertunai. So, sape belum pernah bawa anak2 kecil pergi zoo? Ramai kan. I tau la uolls ramai yang dah pernah pergi. Nak bawa anak2 kecil memang sangat mencabar jiwa. Lagi2 anak2 saya baru setahun 10 bulan, si Haziq pula baru 2 bulan lebih. Memang mencabar! Tapi nak buat macam mana, Nabilah suka sangat dgn haiwan. Sini ada beberapa tips utk bawa anak pergi zoo. Tak kira la zoo mana pun.


1. Wajib Sarapan
Bangun pagi2 tu lepas Subuh terus sarapan ringkas. Minum banana berries shake je. Resipi macam gambar di atas. Sedap, mengenyangkan & kekal bertenaga sepanjang masa kat zoo nanti.


2. Sediakan makanan
Lepas sarapan, prepare la makanan sikit supaya nanti takde la bosan sangat. Pilihan kami, buah-buahan sebab senang nak sediakan. Lagipun sedap & berkhasiat. So dapat berjimat banyak kan. 


3. Bawa Air Masak
Ni sangat penting sebab nanti nak jalan jauh ala2 jungle trekking zaman sekolah pun ada juga. Zoo kan besar. Confirm hilang banyak cairan punya. Paling bagus, malam sebelum pergi tu simpan siap2 air dalam fridge. Minum sejuk2 lagi best. Dapat tambah tenaga dengan segera pula tu. So bawalah air secukupnya.


4. Makanan Untuk Si Kecil
Ni penting sangat sebab ni azimat paling berkesan kalau anak2 mengamuk nanti. Biasanya anak mengamuk sebab lapar atau ngantuk. Klau nak buat corak2 lagi bagus. Semua kelengkapan ada kat Daiso. 


5. Susu Secukupnya
Susu sangat penting sebab bila dah sampai last2 point tu memang anak2 akan ngantuk & minta susu. Klau tak ready siap2 memang dia akan meraung mengalahkan harimau kat sana. 


6. Stroller
Haaa.....ni sangat2 penting. Sebab dekat zoo biasanya ada macam naik bukit la, turun bukit la, ada hidden passage la.. Anak2 confirm tak cukup stamina punya. Nanti kalau tak bawa stroller, dia akan minta dukung. Pengsan. Klau anak dua tu bawa siap2 dua stroller.



7. Kasut Sukan
Untuk sesetengah orang, mereka tak kisah pakai kasut apapun. High heel pun boleh. Tapi bagi saya, better pakai kasut sukan. Kalau tak, nanti sakit tumit. 


8. Charge HP Sampai Full
Fungsi dia, nak snap detik2 bahagia bersama keluarga. Uolls akan menyesal kalau bateri habis. Serius!


Rasanya tu je kot antara persiapan yang di anggap penting. So, selamat ber-holiday!!


Dekat zoo, ni antara haiwan yang anak I suka. Dia sampai beli topi giraffe ok.


Harimau ni ada ke patut dia cakap "cat". Haha


Lion senyum tu. bertuah betul dapat snap.


Masa datang kat bahagian gajah, dia tengah mandi.  Nabilah pun meraung2 nak mandi. Semua orang tengok. Tapi I slumber je. Budak2 biasa la macam tu kan.


Nasib baik bawa minuman & makanan. Masa last2 tu dahaga juga air manis. Sekali tengok RM3.50 setin. Cekik darah sungguh. Nak je I buka booth jual air RM1. 

Pengalaman pergi zoo dengan anak2 kecil memang best. Nampak sangat muka dorang excited sebab nampak haiwan yang tak pernah tengok. 

Kami p Zoo Melaka. Dewasa RM17++. Kanak2 atas 4 tahun RM7++. Better pergi zoo ni waktu pagi sebab sejuk skit. By noon tu dah habis round. Ilmu dapat, badan sihat pun dapat. Seriously macam exercise juga. Berpeluh kot.

Ada anak2 kecil ni, bawa makanan minuman banyak takde masalah. Sumbat semua dalam stroller :)

Teluk Cempedak, Kuantan


Mula-mula tak merancang pun nak pegi pantai. Masa tu lebih kurang kul 7 pagi. Masa tengok anak tidur tu terfikir, cuti confiment ada banyak hari lagi, anak pula jarang2 main pasir (as uolls know, main pasir bagus untuk merangsang sense anak2). Lps tu cakap kat suami, "Nabilah ni dah lama tak main pasir". Masa tu tiba2 terus decide nak pergi Teluk Cempedak sebab ni antara pantai yang dekat dgn Segamat.

(Sorry, I tak pandai mengarang, most of my story sgt ringkas tapi padat) 
*perasan*

So kami pun packing seringkas mungkin, mana ada masa nak fikir2 lagi, 3 jam perjalanan tu. Tak nak la bazir banyak masa. Bawak baju sepersalinan, susu anak2. Tu je. Yes, tu je. Makanan pun tak sempat fikir. Kami memang suka buat kerja macam ni, decide & go. Haha..

east coast mall, ecm, toys r us, kuantan

Sampai je Kuantan, perut dah lapar sgt. Singgah jap kat East Coast Mall. Makan2 dulu. Lepas tu window shopping jap, borong DVD (DVD sini paling murah, RM5/pcs). Masa tu anak pula suka sangat main anak patung, main baby2. Kami pun masuk la Toys R Us jap, konon nak cari baby untuk Nabilah. Sekali tengok mahal la pulak. Tak jadi beli, so window shopping je la. Lepas tu agak2 nak petang sikit baru kami pergi Teluk Cempedak.

teluk cempedak, kuantan
Nabilah baru bangun tidur

Sampai je TC ni, Nabilah tengah tidur, angkat masuk stroller dulu. Beli mainan korek2 pasir kat sana, RM10. Then, kami gilir2 solat. 

teluk cempedak, kuantan

Siap solat je, zass ke pantai. Ramai sangat orang time tu, sebab memang tengah cuti umum, tak ingat dah cuti apa, malas fikir.

teluk cempedak, kuantan
Papa pula yang excited nampak!

Kami pilih port bagus2 dulu lepas tu baru mulakan misi main pasir. Masa tu Haziq tidur je, rasa lega sangat sebab dia tak merap. Nabilah happy la dapat korek2 pasir. Plan tak nak mandi sebab macam penat pun ada. Malam nanti nak balik Segamat pula.

teluk cempedak, kuantan

Best tengok anak happy. Bertambah best bila Haziq tak nangis2. Kalau tak memang tak leh nak menghayati keindahan pantai sambil berangan. Muahahaha..
Tapi kejap je berangan. Lepas tu I start bisnes. Kan online je.. Dapat la beberapa customer, keuntungan tu boleh juga menampung kos datang sini. Padahal tak plan pun nak bisnes, tapi sebab bosan, godek2 kejap la hp dalam masa sejam.


Tiba2 Nabilah ni teringin la pulak nak mandi. Mana taknya, semua pakat bersorak. Tergugat iman dia. Papa pula tak bawak baju salin. Macam ni la bila si suami yg urus bawak baju, hahahahaha.


Time tu kan tengah cuti umum, punya la happening, banyak sangat kedai. Jual macam2.


Main sampai tak ingat dunia. Tengok2 dah nak Maghrib. Tapi orang happy lagi bermandi-manda. Kami dah cepat2 nak siapkan diri nak balik. Malangnya baju suami terkena air kencing anak, susah la pulak nak solat siap2.

Then call pakcik I kat Kuantan. Konon nak tumpang mandi & pinjam baju je. Tapi badan dah penat. So kami pun bermalam la kat sana.

Malam tu pula tiba2 Haziq nangis kuat tak henti2. Dalam sejam lebih juga. Makcik cakap sebab time Maghrib ada kat pantai, banyak makhluk halus. Wallahu'alam.

Esoknya lepas lunch kami pun balik Segamat.