Monday, September 1, 2014

PUDING ROTI SIMPLE - by emmathyque


Suatu masa dlu femes sgt kan puding roti ni.. Sedappp!! Agak mahal jugak la bg aku.
Tgh best2 scroll fb jumpa pula resipi super simple ni...
Alahaiii..budak sekolah rendah pun boleh buat.
Jom check it outt!!

pengedar shaklee segamat

Bahan2:
4 Keping - Roti sandwish di dadu kecik2
2 Cawan - Susu segar rendah lemak
3 sudu besar - Gula Perang (boleh juga gula halus)
*manis ni boleh ikut selera masing2.
1 sudu kecil - Esen vanilla
2 biji - telur
3 cawan atau mangkuk tahan panas

Optional: (kalau ada lg sedappp!!)
1 keping - Cheese di potong kecik2
2 sudu besar - Coklat chip

Cara2:
1. Susun 1/2 saja dulu roti yg di dadu ke dlm cawan & tabur coklat chip. Lps tu letak tepi dulu.

2. Kacau telur & gula perang sampai sebati.

3. Masukkan vanilla & susu segar, kacau lg smpai sebati.

4. Tuangkan campuran susu tadi dalam cawan roti & masukkan setengah lg roti, lps tu tuang mixture smpai penuh. (Macam pic kat atas)

5. Tabur coklat chip & cheese

6. Susun cawan dalam dulang & tuangkan sikit air panas dalam dulang (waterbath).

7. Bake selama 20-25 minit pada suhu 180-190'C atau ikut panas oven.

8. Lepas tu hidangkan panas2.. Sedap!!!

SELAMAT MENCUBA :)


<Untuk dapatkan produk Shaklee, whatsapp 0135318800>