Sunday, December 9, 2012

Internet Bergerak


First time tau ada internet bergerak. Sebelum ni tau jugak tapi internet bergerak yang jenis kaki gosip.
Ni betul2 wujud. Aku jumpa ni kat Medan, Indonesia. Rasa teruja kejap.
Rasanya bagus juga ada benda ni sebab orang2 kampung pun leh surf internet.
Yang kurang bagusnya, bila dah ada internet bergerak ni, akan menyebabkan orang kampung mula la nak beli laptop, smartphone dll..
Padahal sebenarnya tak penting sangat pun. 
Kalau nak kata budak2 nak pakai untuk tujuan sekolah, ada ja internet n pc kat sekolah, pakai je la yang tu..
Tapi lain la kalau dalam van ni ada laptop yang leh bagi orang kampung pinjam. Aku pun tak tau mekanisma internet bergerak ni.
Sebab aku jumpa van ni ja. Jadi aku snap je la gambar..
Haha..

Muay Thai


Sebelum ni memang tak pernah tengok muay thai secara live. Rasa excited pulak. Sebab muay thai memang ganas. Lagipun Malaysia vs Thailand. Wakil malaysia dari area utara saja. 
Sebelum masuk, beli tiket dulu. Tak sangka pula tiket sebegitu mahal. Ingatkan masuk free ja.
RM15 - Dewasa
RM 7 - Kanak2
Tempat : Tokong cina Kuala Perlis


Sebelum start, dua2 lawan warm up dulu dan berdoa. Yang peliknya team dari Malaysia ada juga yang berdoa cara siam. Mungkin dia memang siam kot.


Pengalaman tengok live memang best. Rasa semangat lain macam. Sebelum ni memang tak suka tengok pun walaupun kat tv. Bukan setakat tak suka, tak pernah tengok pun.


Orang2 ni memang lawan betul2. Siap berdarah-darah lagi.


Paling best bila ada yang TKO. Tapi tak sempat snap gambar sebab time tu rasa sangat excited.


Sekian saja.
:)